Setiap tahun, ratusan Wikimediawan akan berhimpun bagi meraikan ilmu bebas di persidangan antarabangsa tahunan Wikimania. Edisi ke-19 Wikimania akan diadakan di Katowice, Poland daripada 7-10 Ogos, dianjur secara bersama oleh para Wikimediawan rantau Eropah Tengah dan Timur dan Yayasan Wikimedia. Para penggerak dan penghulu gerakan pengetahuan bebas seluruh dunia akan berkumpul untuk membincang isu, melaporkan projek dan pendekatan baharu, membina rangkaian, serta saling bertukar idea.
Atur cara
Tempoh untuk memohon program telah berlalu. Pasukan kami sedang menyemak semua usul dan akan beri maklum berkenaan keputusannya pada bulan Mei.
Wikimania Katowice akan dianjur secara bersemuka serta dalam talian. Pendaftaran akan dibuka dalam masa terdekat. Harga pendaftaran penyertaan bersemuka disubsidi Yayasan Wikimedia dan hanya berharga USD $100. Majlis maya akan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Wikimedia dan dibuka secara percuma.
Acara sampingan seperti pertemuan, jelajah foto, editaton, lancongan dan lawatan akan diadakan sepanjang Wikimania. Maklumat lanjut akan diumumkan setelah program penuh diterbitkan.
Sekutu yang berminat untuk menganjurkan acara tempatan semasa Wikimania boleh memohon untuk Dana Sokongan Umum atau peruntukkan semula dana yang telah diperoleh.