Jump to content

2024:Program/Common(s) cause

From Wikimania
This page is a translated version of the page 2024:Program/Common(s) cause and the translation is 100% complete.
⧫ Kerjasama Terbuka ⧫

Common(s) Cause: Ke arah strategi perjuangan berkongsi untuk Sepunyaan Pengetahuan - sebuah acara sampingan Wikimania 2024

Creative Commons, Open Knowledge Foundation, Open Future, dan Wikimedia Eropah akan menganjurkan sebuah acara sampingan kepada Wikimania 2024 sepanjang hari. Acara ini akan berlangsung di Katowice, Poland, pada 6 Ogos 2024, hari sebelum Wikimania bermula pada 7 Ogos 2024.

Wikimania 2024 ialah pertemuan terbesar bagi pejuang dan pertubuhan gerakan terbuka bagi tahun ini. Ia menawarkan kesempatan bagi aktivis-aktivis serata dunia untuk bertemu secara bersemuka. Kami mengambil kesempatan ini untuk membawa bersama-sama mereka yang berusaha dalam bidang Keterbukaan, Ilmu Bebas, dan Sepunyaan Digital untuk sama berbincang mengenai strategi perjuangan berkongsi: cabaran politik dalam Sepunyaan Pengetahuan. Kami mengharapkan kehadiran mereka yang berancang untuk menghadiri Wikimania, dan juga mereka yang akan datang khas bagi tujuan acara sampingan ini. Kami menjangkakan seramai kira-kira 70 orang untuk menghadiri acara ini.

Matlamat kami adalah untuk menjalinkan hubungan yang diperlukan bagi tujuan berkongsi visi perjuangan berkongsi yang boleh mengeratkan kerjasama perjuangan yang lebih kukuh. Setakat ini, acara ini akan menumpukan tiga topik: 1) Isu Perundangan dan Dasar, 2) Komunikasi dan Kempen Global dan 3) Pendayaan Masyarakat dan Kemampanan.

Ingin menghadiri Wikimania dan berminat mengikuti acara ini? Sila isi borang tanda minat ini.

Terdapat beberapa peluang untuk menyepadukan peserta yang paling banyak terlibat dalam gerakan ini bagi membincang strategi berkongsi dalam perjuangan serta cara-cara bergerak bersama. Cogan kata Wikimania 2024 ialah "Kerjasama Keterbukaan." Acara sampingan Wikimania sepanjang hari ini menjadi peluang untuk kita merealisasikan cogan kata ini.