2025:Atur cara/Soalan lazim
Berikut ialah beberapa jawapan kepada soalan-soalan lazim berkenaan proses pengusulan atur cara:
Bilakah Wikimania 2025 berlangsung?
Tarikh utama persidangan Wikimania Nairobi ialah 06 - 09 Ogos, 2025 (Rabu ke Sabtu). 05 Ogos diyetapkan bagi tujuan perjumpaan, pengaturcaraan prapersidangan serta kerja-kerja penyelarasan.
Bilakah usul atur cara Wikimania 2025 diterima?
Kami menerima permohonan dari 27 Februari hingga 31 Mac 2025.
Apakah tema tahun ini?
Tema Wikimania 2025 ialah Wikimania@20: Keterangkuman . Dampak . Kemampanan. Ia bertujuan menjadi penghubung serta sudut melihat kesemua idea pengaturcaraan. Untuk maklumat lanjut berkenaan temanya, sila rujuk bahagian Sesi pada halaman Atur Cara utama.
Saya mempunyai idea atur cara yang mantap. Apa perlu saya pertimbangkan?
Usul anda perlu mempunyai unsur berkait sekurang-kurangnya satu daripada komponen tema selari dengan Keterangkuman . Dampak . Kemampanan dan seeloknya bersifat interaktif - sama ada demonstrasi atau perbincangan meja bulat. Sila ingat bahawa kita ingin mengetengahkan kerja-kerja hebat yang sedang dijalankan di sekitar semua projek Wikimedia, bukan yang besar sahaja. Kita juga ingin menampilkan kerja-kerja di semua rantau gerakan, terutamanya yang selama ini tidak atau kurang pendedahan di acara-acara global.
Bagaimana ingin saya pilih aliran atur cara saya?
Kami telah cadangkan 12 aliran atur cara untuk anda pilih bersesuaian dengan jenis sumbangan anda. Sila pilih yang paling sesuai untuk sesi anda. Sekiranya anda merasakannya juga terpakai bagi sebuah tema kedua, nyatakannya dalam borang pengusulan. Tetapan aliran muktamad bagi atur cara bergantung pada jumlah dan jenis usul yang kami terima dan lulus. Aliran usul yang kami cadangkan ialah:
- Pendidikan
- GLAM (Galeri, Perpustakaan, Arkib dan Muzium; termasuk Warisan dan Budaya)
- Kerjasama
- Teknologi
- Penglibatan Masyarakat (termasuk usaha)
- Kesihatan Masyarakat
- Penyelidikan (termasuk sains dan perubatan)
- Kepelbagaian & Rangkuman
- Perundangan dan Perjuangan
- Data Terbuka
- Tadbir Urus dan Strategi
- Idea Unik
Perlukan bantuan berkaitan topik cadangan untuk aliran? Anda boleh baca selanjutnya pada halaman Atur Cara utama.
Di manakah perlu saya serahkan idea atur cara saya?
Kami menerima pengusulan melalui Eventyay, sebuah pelantar penganjuran persidangan bersumber terbuka yang bertumpu kepada memberi pengalaman terbaik untuk pengucap, penganjur dan peserta. Pautan kepada borang pengusulan akan tersedia dalam masa terdekat.
Apakah jenis idea atur cara yang disyorkan?
Seboleh yang mungkin, kami menggalakkan usul berkaitan sesi interaktif yang memupuk pembelajaran dan peraian semangat Wikimania. Sekiranya idea atur cara anda bertumpu kepada persembahan atau perkongsian maklumat sehala, sila pertimbangkan penyerahan kandungan berbentuk rakaman video, sesi ucapan kilat, atau sesi poster di ruang pameran. Tahun ini kami berancang ingin menggunakan kawasan luas di tempat persidangan untuk memaksimumkan sesi poster dengan waktu khusus bagi bergaul dengan orang-orang dan idea hebat.
Kami menerima format sesi berikut:
- Sesi langsung, dibentang sama ada bersemuka di Nairobi, secara maya, atau hibrid dengan sesetengah peserta bersemuka dan yang lain hadir secara maya.
- Rakaman awal atau rekaan awal (video atau poster), yang boleh ditayangkan sebagai sebahagian daripada atur cara, pameran, atau dalam simpanan tuntut bagi peserta menonton pada bila-bila masa.
Terdapat ruang dalam birang untuk menyatakan jenis sesi apa yang anda minat.
Adakan Wikimania tahun ini hibrid?
Ya, kami ingin mewujudkan keseimbangan antara pengaturcaraan semuka dan maya. Ini bermakna anda boleh mengusulkan sesi langsung yang bersemuka, maya, atau hibrid. Tambahan lagi, kami juga ingin meningkatkan atur cara kita dengan video rakaman awal, kandungan tuntut, serta rakaman bagi setiap hari di Nairobi disediakan secepat mungkin, agar orang lain di sekitar dunia, termasuk di acara satelit anjuran sendirian, boleh menikmatinya pada bila-bila masa yang sesuai bagi mereka.
Berapa lamakah tempoh setiap jenis atur cara?
Sila ikuti pautan ini untuk tempoh saranan bagi setiap jenis sesi. Sila ambil perhatian bahawa sesi atur cara sebenarnya mungkin berbeza, dan jawatankuasa kecil pengaturcaraan Wikimania 2025 mungkin akan menghubungi anda untuk mencadangkan sebarang perubahan kepada usul anda. Sekiranya tiada tempoh yang betul-betul sesuai dengan usul anda, anda boleh cadangkan tempoh selainnya di ruang Catatan pada borang pengusulan.
Dalam bahasa manakah boleh saya menulis usul?
Usul atur cara anda boleh dibuat dalam mana-mana daripada bahasa Wikimania 2025: Arab, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Swahili.
Bolehkah saya serahkan lebih daripada satu sesi?
Ya, anda boleh menyerahkan lebih daripada satu sesi untuk dipertimbangkan.
Bolehkah saya menyunting usul saya setelah dihantar?
Ya, Eventyay membenarkan anda untuk menyunting penyerahan anda setelah dihantar, asalkan panggilan usul masuh terbuka. Anda akan terus mempunyai capaian kepada penyerahan anda dengab menggunakan maklumat log masuk yang dicipta semasa proses pengusulan.
Bolehkah saya bentang/berucal bersama orang lain?
Ya, Eventyay membenarkan anda untuk menetapkan pembentang bersama dengan meletakkan alamat e-mel mereka. Pembentang bersama anda akan perlu mencipta profil pembentang melalui pautan hemputan yang dihantar ke e-mel mereka sebelum mereka dikaitkan dengan sesi bagi tujuan perhubungan daripada pihak jawatankuasa kecil pengaturcaraan.
Bagaimana jika usul saya tidak diterima?
Sekiranya usul anda tidak diterima, pertimbangkan penghantaran kandungan video rakaman awal untuk disediakan dalam simpanan tuntut, atau mencipta video pendek sepanjang 1 hingga 3 minit membentangkan topik anda seperti sesi poster maya.
Bagaimana jika idea/topik saya serupa dengan usul orang lain?
Sekiranya anda melihat atau mengenali seseorang yang mengusulkan topik atau perbincangan serupa, kami menggalakkan satu usaha sama dalam pembentangannya. Syarahan boleh diubah kepada sesi panel atau bengkel. Jawatankuasa kecil pengaturcaraan turut boleh menghubungi anda ketika proses ini bagi memberi cadangan.
Bilakah saya dapat tahu jika usul saya diterima?
Kami menyasarkan fasa penyemakan usul untuk bermula pada April, dan mula menghubungi pengusul tentang hasilnya pada Mei.
Saya tidak memohon biasiswa perjalanan. Akankag saya terimanya secara automatik jika usul atur cara saya layak diterima?
Tidak. Sekiranya anda memilih format sesi bersemuka di Nairobi atau hibrid dan tidak memohon untuk Biasiswa Perjalanan Wikimania, pihak penganjur menganggap anda akan ke Nairobi atas perbelanjaan sendiri dan membentang di persidangan. Ini boleh diubah jika anda memilih untuk membentang secara maya. Sekiranya pengusul atur cara telah menandakan kotak yang menyatakan "saya telah memohon untuk Biasiswa Perjalanan Wikimania," Jawatankuasa Kecil Pengaturccaraan akan memeriksa dengan Jawatankuasa Kecil Biasiswa untuk melihat sama ada pengusul atur cara telah menerima biasiswa perjalanan. Sekiranya pengusul atur cara tersenarai sebagai penerima biasiswa perjalanan Wikimania, Jawatankuasa Kecil Pengaturcaraan akan memaklumkan pengusul atur cara bahawa mereka akan membentang secara bersemuka di Nairobi.
Akankah latihan pembentang diadakan untuk Wikimania 2025?
Ya, akan ada latihan pembentang, dan kami akan menghantar maklumat lanjut kepada pembentang yang lulus diterima.
Saya mempunyai soalan lain yang tidak tersenarai di sini
Sekiranya anda mempunyai soalan lain yang tiada di senarai soalan lazim, anda boleh:
Kirimkan e-mel kepada pasukan kami di wikimaniawikimedia.org atau hantar soalan anda ke laman bantuan.
- Kami memohon agar soalan tidak diajukan kepada kami melalui media sosial - kami menggunakan laman Facebook, X, dsb. untuk memberi kemas kini, tetapi kami tidak menyemak peti masuknya dengan kerap.
References to Previous Resources
-
How to submit a program proposal or submission using the open source platform Eventyay.
-
Call for Proposals Consultation Hour happened 13 March at 18:00 UTC.
-
Call for Proposals Consultation Hour happened 20 March at 13:00 UTC.